Thursday, 3 April 2014

Anugerah Terindah_Si Ros Putih

Throwback to somewhere around 2  years ago...

March 7, 2012, 6.51pm..kami dianugerahkan oleh yang Maha Esa dengan satu anugerah yang tersangat indah.. seorang insan kecil telah lahir ke dunia ini.. diberi nama Nisriin Sufiah, bererti "ROS PUTIH" yang sangat aku gemari sejak sekian lama..

Mengimbau perasaan ketika itu, aku mungkin bukan lah ibu yang terlalu gembira menyambut kelahiran bayi sulung seperti mana ibu2 lain.. mungkin kerana aku merasakan masih terlalu awal untuk aku menjadi seorang ibu, memikul tanggungjawab yg tersangat besar, walaupun usia ketika itu sudahpun menjangkau 27tahun. Di tambah juga dengan beberapa faktor lain, aku masih blur2 untuk memikul tanggungjawab ini.

Namun, when time passed by, aku perlahan-lahan belajar segala aspek dan penjuru, mencari ilmu untuk bergelar seorang ibu yg terbaik.. segala aspek means segalanya daripada aspek rohani, pemakanan, penjagaan and many more. Sehingga saat ini pun, masih terlalu  banyak lagi ilmu keibubapaan yang perlu aku gali, banyak!


1. Breastfeeding


Since she was born, I learnt to breastfeed her until two years. As I wrote before, it was a lot of challenges, but dengan ilmu yang ada serta bantuan Allah SWT, segalanya berjalan lancar. Proses berhenti menyusu juga berjalan dengan sangat lancar Alhamdulillah!



2. Homemade Food
When she turned to 6 months, I prepared her wit all homemade food. Aku xpernah walau sekali pun memberi Nisriin merasa apa itu "Nestum" atau yg sewaktu dengan nya. Never!
And she also doesn't know the taste of formula milk.
Until this moment, I still cook for her everyday. I  tried my best to prepare her with nutritious food  everyday, and I feel very guilty if I'm not able to do so.
Walaupun terpaksa bersusah payah bersengkang mata di awal pagi, bangun menyiapkan bekal makanan ke rumah pengasuh, aku teruskan kerana itu adalah tanggungjawab ku. Sedarlah rakan2 semua, menjadi ibu bukan lah sekadar mengandung dan melahirkan, malah masih banyak perkara lain yg perlu kita titikberatkan.


Ni homemade puree masa baby dulu...


3. Babywearing
Since she was 1 month old, I started to put her in a baby carrier. Our first carrier is not a proper one, I do not have any knowledge about carrier at that time, until we suddenly cross by a 'babywearing talk' in one of baby expo at Midvalley. Since that moment, I started to learn more about babywearing through internet. Mothers, hari ini kita dibekalkan dengan kemudahan yang teramat banyak, maka gunakan lah khidmat teknologi utk mencari sebanyak mungkin ilmu yang kita tidak pelajari di sekolah atau mana2 institusi pengajian.
Finally I bought a proper carrier, Jumpsac Orbit, cost RM327 if Im not mistaken. That was the only carrier that I used until now.
Ya, aku mengaku, aku memang tak mampu nak beli pelbagai jenis carrier lain, dalam pelbagai jenis dan warna seperti orang lain, aku hanya membeli sekadar keperluan, yang penting carrier itu adalah selesa dan selamat. And the most important thing, Nisriin memang sangat happy bila di"carry".

Inilah satu-satunya carrier yang kami gunakan sampai sekarang
Ramai orang yang tidak berilmu mengatakan, kalau selalu dukung anak akan membuatkan dia terlalu bergantung kepada kita, lambat berjalan, berjalan kengkang dsb., tp percayalah, itu semua hanyalah cakap2 orang yang tidak berilmu.

4. Pertumbuhan & keupayaan

***This is as what I remember, sebab segalanya berlaku terlalu pantas~

1.5-2 months, she was able to meniarap. Xsempat nak berguling-guling mcm orang lain, she started angkat2 bontot untuk merangkak pulak.

4-5 months, dah start nak merangkak. By 5 months, dia dah boleh merangkak, and bila diberitahu, xramai yg percaya. After that dah started to duduk on her own. And the funniest thing was, the way she merangkak. Believe it or not, dia merangkak meggunakan kaki instead of using her knees. Goodjob! I remembered a friend of  my sister said, "Pandai dia protect lutut dia".

This is how she merangkak...by this way, bolehlah bergerak dengan sangat laju kan

7 - 8 months, dah mula nak berdiri...and sebelum2 tu memang dh mula memanjat sana sini. Her first step was around 8.5 month!

By 1yr old, Nisriin dah boleh berlari ke sana sini.

And somewhere around 1.5 year maybe, she can talk  few simple words, and turning 2 years old, she was able to make up short stories.
"kaki darah..kena pintu..", "tangan sakit...qaseh gigit..."

Until this moment, bila orang tanya berapa umur Nisriin, most people will say that she is 3 years old, and lagi extreme, ada jgk yg ckp macam 5 tahun.

I totally believe in natural method of educating my child.

I believe giving her breastmilk until 2 years old bukan sahaja tuntutan agama, malah membuat kan anak sihat, berkebolehan dan mempunyai IQ yg sangat tinggi. Jangan lah sesekali percaya dengan segala tipu helah iklan di TV dengan mengatakan minum susu jenama itu ini membuatkan IQ anak2 meningkat, tetapi sebaliknya percayalah pada susu ciptaan yang maha Esa.

I believe giving her homemade food bukan sahaja menambah kasih sayang keluarga, malah membiasakan anak-anak memakan makanan yang sihat. Nisriin adalah lebih baik dari segi pemakanannya berbanding diri aku sendiri, dia lebih banyak makan sayur berbanding mama!

I believe that carrying her around, akan menambah kasih sayang antara ibu dan anak, membuatkan dia lebih petah bercakap kerana semasa carry kita akan sentiasa berada dekat dengan anak, dan dia mendengar setiap tutur kata kita, dan dari situ dia akan mula menambah kosa kata nya. Berbanding anak2 yg di dalam stroller, mereka hanya akan melayan perasaan sendiri ketika ibu atau bapa berbicara, kerana mereka jauh daripada kita. Fikir-fikirkan...

Semua keupayaan dan pertumbuhan cepat pada diri Nisriin adalah kurniaan Ilahi, kurniaan yang diperoleh dengan mendidik dan menjaga dia dengan method dan bahan yang asalnya juga daripada Allah.

Usahlah ditanya mengapa anak saya lambat pergerakannya, lambat berjalan, lambat bercakap, lambat berfikir, dan lambat itu ini, tetapi tanyalah diri kita sendiri apakah method yang kita gunakan untuk mendidik dan menjaga mereka sejak mereka lahir?

 Terima kasih ya Allah, membuka pintu hati ini, menampakkan jalan untuk terus menggunakan nikmat mu di jalan yang benar~

***I will add more points later if I remember on what had happened since these 2 years. Nukilan ini bukan lah berniat menunjuk2 keupayaan anak sendiri, tetapi sekadar berkongsi apa yang saya alami, dan paling penting, dengan direkodkan di sini, semua kenangan ini tidak akan lenyap ditelan masa.



Monday, 10 March 2014

Breastfeeding journey - It was over :'(

Saya sebenarnya bukan lah seorang peng'update blog yang tegar. Hanya ketika kepala ini merasakan tiada tempat (selain Allah) untuk mengadu, maka diari maya inilah tempat luahan perasaan~



Berbalik kepada tajuk asal; My breastfeeding journey is now over~ Ouh really? Is it really over?


Sehari dua ni dunia digemparkan dengan berita kehilangan MH370, pesawat Malaysia Airlines yang menuju ke Beijing. Dan dengan itu juga, seluruh umat manusia diselubungi kesedihan. 


Bagi penyokong DSAI serta keluarga, mereka lebih bersedih kerana sehari sebelum kejadian MH370 hilang, mereka sekali lagi bakal kehilangan orang yg mereka sayangi, kerana DSAI telah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun oleh mahkamah rayuan atas tuduhan meliwat. Sesungguhnya Allah yang maha mengetahui segalanya yang berlaku.


For me, I also feel very sad as I had to let go one of my daily routine that I did for 2 years with full of love and sincerity. March 7, 2014; as Nisriin turned 2 years old, I had plan to wean her off. For most people out there, maybe you can't understand the feeling. I had breastfed her, day and night, facing a lot of joy yet difficulties as well.. All the laughter and tears follow each other. But now, everything is over~

After this process is successfully over, there will be no longer the word "belop" in our life. For her, she had been using the word "belop" (since she knows how to talk which i can't memorize when) to express her feeling that she wants to breastfeed. Whenever she says that, she really wants it now, without compromise.


March 8, 2014; di kala dunia sedang berdebar menanti berita MH370, aku juga sebenarnya sangat berdebar membuat keputusan ni. After having lunch that day, I make a decision, I went to grocery shop, bought 1 small bottle of rose syrup, and 1 small bitter gourd. Memang kebetulan ade 1biji tu je, and condition pun xberapa nk segar. All cost RM2.

I went back home, put few drops of red color on my b****t, and showed her that "it" was bleeding. That whole day, she kept saying that "belop darah". Bed time, I just put her in her cradle while watching upin-ipin on my phone, she fell asleep. She woke up at 4am, sleep beside me on the bed, she request for belop but suddenly just fell asleep again.


The next day, March 9, 2014, Sunday. We have nothing much to do, since the weather not so good, we just stay at home and continue to finish up customers' orders while watching news about MH370.
I started to put some bitter gourd on my b****t and ask her few times whether she wants belop or not, and sangat tersentuh hati when she says don't want, but looks like she still want it. She kept kissing it, but don't dare to put in her mouth. "Caayaang belop", she said.


That night, bed time, I can feel that she really can't tahan anymore. She kept saying "caayaang belop and can't stop kissing it. Suddenly she's crying without no reason. Finally, I have no choice but to gave her  just to "lepaskan gian" for a while, and ask her to let it go and put her in the cradle, again with upin ipin on the phone. I know it is not a good idea to always give gadgets, but for this moment, I have to, hanya untuk membuatkan dia lupa seketika kepada teman rapatnya yg telah bersama selama 2 tahun ini.





I am sorry my dear Nisriin, what I did doesn't mean that I didn't love you anymore. I know that you are big girl now, and your immune system can survive on their own without me supporting them.


I will always hug you near my heart dear~





Thursday, 19 December 2013

Air Traffic Controller aka Pegawai Kawalan Trafik Udara - Luahan Hati & Perasaan ku...


Wow, panjangnye tajuk itu ye... and wow lagi sekali, rupa2nya blog aku yg xseberapa ni masih wujud lg..hihihii

Orait, berbalik kepada tajuk di atas, tajuk pun luahan hati & perasaan, jd purpose aku tulis entri ini hanyalah utk meluahkan perasaan yg dh xterbendung dr sehari ke sehari... rasanya cm xde sorg pon yg boleh totally faham apa yg ada dlm kepala buat masa skrg ni...

Dipendekkan cerita, ntah tarikh bila sumwhere in November 2013, aku dpt SMS menyatakan aku dpt pegi exam Pegawai Kawalan Trafik Udara (PKTU) kt MAEPS Serdang. Masa tu rase cm sangat happy sbb mmg dr dulu lau aku isi form SPA 8 tu aku mesti akan letakkan PKTU kt atas sekali, coz itulah satu2nya jawatan dlm kerajaan yg aku sangat minat. Sebab apa? ntah aku pon xpasti, tp maybe sbb kecik2 dulu nk sgt jd pilot tp tulah sure la xkesampaian kan..haha.. n kebetulan Pak Lang pun adalah seorg PKTU, jd tetiba aku rasa cm best pulak keje ni... haha boleh gitu? ni lau jawab cmni masa soalan IV "kenapa anda berminat dgn PKTU?", mau kena halau dr bilik IV kot...kui..kui..kui...


Dipendekkan lg, encik Najib pon sama jgk dpt p exam pd tarikh yg sama n tempat yg sama... maka aku pun cepat2 la btau nenek BS tu utk tolong jagakan Nisriin pada 30 November 2013. And aku xlupa jgk mengirimkan pesanan SMS ke Pak Lang menyatakan aku akan menduduki exam tersebut, and he replied " bagi lulus exam dulu baru Pak Lang boleh tolong" hoyeah~


Maka pada tarikh tersebut, kami pon pegilah exam dengan hanya sedikit persediaan memandangkan aku nih mmg style malas study kan, just baca2 blog org sikit2 jer, cr tips2 gitu...

Masa 1st part tu...perghh soalan general knowledge die tu bukannye general namanya, itu soalan spesifik ok... banyak gk la soalan ttg aircraft yg mmg for sure aku hentam kromo jer, pastu yg lain2 tu adelah sikit2 hal2 kemalaysiaan spt NKRA, Budget 2014, matawang dunia, agensi2 kerajaan, agensi yg berkaitan dgn kapal2 terbang, keselamatan di airport etc. 
Pastu part seterusnya maths tu mmg otak kene ligat la berfikir, kalau boleh tgk je diagram dh dpt jawapan, tu mmg power! part ni mmg aku xsempat, ade 40soalan, 30 soalan tu aku mmg yakin dpt betul semua, tp yg 10 lg tu mmg otak aku xdpt nk connect diagram yg dia bg tu...huu. FYI, soalan die xdelah maths sgt, die more on logic, so xperlu susah payah nk kira sgt... sape yg pg KUMON class, sure boley score..haha (aku penah jd cikgu KUMON sebulan ok)
Part2 seterusnya tu xsusah pun, soalan English die boleh dikatakan mcm makan nasi, jemput, suap, kunyah n telan~ heheh n yg last tu soalan ttg personaliti kita, xyah pikir panjang2, baca n terus hitamkan jawapan.. siap awal boleh kuar awal


OK, next after lebih kurang 2mgu gitu, En. Najib sent me SMS, informing dat result exam dh kuar, n die lulus! What? so aku pon kalut lah cek emel, n guess what, off course la aku pon lulus gak..haha


Maka aku pun send lg SMS ke Pak Lang yg agaknye masa tu die still kt Temelang (Thailand), and he just call me few days after dat... tanye PAC kt mana n bila. Pastu die ckp he will try to help but not sure how far he can help.. xpelah I dun mind...


Tapi, sebenarnye ade perkara lain yg masih berlegar2 di ruang kepala otak ni... semakin banyak membaca ttg ATC ni, aku semakin rasa nak muntah.. serius mmg rase loya nk muntah ok!


Im not so worried bout the coming PAC, sbb setahu aku ni hanye lah assessment; ade blind test, insyaallah aku xde colour blind so far, pastu ade simulation, text dh bg, so baca je lah,xsusah kot nak bace je kan, and last tu ade discussion, lau susah pon kt cni lah kot, itupun tgk tajuk ape yg kite dpt..lau dpt yg sng, alhamdulillah lah kan...lau xpun, goreng je lah pape..


Abes tu, ape yg merisaukan aku?


Okeh, let's start!



1. Nisriin


-aku ni mmg suka berfikir panjang, kalaulah ada rezeki aku, n dgn pertolongan Pak Lang pulak, aku dpt job ni.. hah!?? apecer... sape nak jaga Nisriin lau aku kene g training dlm masa terdekat ni? itu mase skrg, mase2 depan pulak, training, exam, praktikal kt tempat2 lain lg, keje shift pulak tu... do I have enough time with my precious yet lovely curly daughter?
org cakap, alaahh pegi je lah dulu, nti baru decide nk ke x.. But for me, lau mmg dh nanti2 tu confirm aku xnak job ni, buat ape nk susah payah g PAC ke IV ke bagai kan..baek dok umah menjahit jer..huhuu



2. My business (sape nk beli tilam baby boleh klik SINI ye) ..haa sempat promote~
- for those yg xtahu, elok lah aku perkenalkan sikit diri ini.. actually aku adalah seorang lab technician kt salah sebuah skolah swasta kt USJ, n keje aku boleh dikatakan hari2 goyang kaki dpn laptop, bukak FB or any other website yg aku suka... sbb nye skolah ni xbyk buat experiment cm skolah aku dulu2... jd bukan lah salah aku dok relax2 ja kt tempat keja ni..mmg aku xde keja nk buat pun... yg bestnye keje aku ni cm xde la stress sgt, lau aku cm malas2 or byk sgt keje kt umah, aku saje je xdtg skolah, bos pon cm xdela kesah sgt cuma lau xde MC tu gj potong lh..std laa kan...gaji? ok2 lah, cukuplah buat belanja secara sederhana setiap bulan bayar tu bayar ni, abes jgk kn... 



-tp actually aku xlah goyang kaki sesaje dpn FB ni, aku goyangkan jari jemari ni jugak utk menaip iklan coz im doing online business as well. Im selling baby bedding set a.k.a set tilam kekabu bayi serta barang2 baby yg lain, di mana barang2 tersebut is made by me myself!


disebabkan keje aku ni balik kol 3.30pm, maka aku adalah sikit masa terluang utk nk uruskan perniagaan ni dgn dibantu sikit2 oleh En. Najib. Biasenye petang2 aku akan either g pos barang, beli kain, beli brg2 jahitan, or else terus balik umah n siapkan tempahan yg bertimbun tu.
Alhamdulillah, sejak akhir2 ni, boleh dikatakan business ni mmg dh semakin berkembang, instead aku pon dok terpikir2 nk berenti keja utk uruskan business ni full time, coz kdg2 tu mmg tempahan terlalu byk sampai aku mmg xcukup masa nk siapkan. Tapi both of us masih lg timbang2 and on progress cari ilmu secukupnya sebelum buat sebarang keputusan drastik..
tapi perancangan Allah lg hebat, tup-tup ade pulak tajuk ATC ni dlm diari kehidupan kami... so bertambah lah lg satu perkara utk ditimbang2kan...
itu sahaja lah dua perkara besar yg sangat menyebabkan aku rase nk muntah dr sehari ke sehari.. patotnye aku kene bergembira coz esok 20/12/13 adalah hari terakhir skolah utk semester ni, pastu cuti sbulan, tp rasenye pas PAC nti lah baru aku leh bergembira sepuasnye~


Walaupun PAC ni hanyalah step kedua dlm pemilihan ATC ni, tp aku terfikir, lau dapat nti cmne dgn 2 perkara di atas tu??
for sure xde org yg boleh bg jawapan... so dgn masa yg ada 1 hari je lg ni, aku hanya mampu luahkan kt alam maya ni je lah... and i believe yg Allah dh rencanakan segalanya yg terbaik buat aku sekeluarga.
Nak xnak pun, rasenye (xyakin gak nih), aku akan attend je lah PAC hari Sabtu nanti... at least aku adelah pengalaman baru dalam kamus hidup ni...bolehlah dijadikan modal cerita kt anak2 nanti...


Till then, sape2 yg PAC kt Subang 21/12/13, see you guys there and good luck to all PAC candidates all over Malaysia!


Tuesday, 26 February 2013

Breastfeeding journey - Kisah seterusnya

Kesinambungan daripada kisah pengenalan BF dalam kehidupanku...

We start with yang xbest dulu..(xbest for me), iaitu kisah mencari Babysitter yang nak handle EBM (Expressed Breast Milk).

Kesahnye, 1st BS Nisriin ialah Mak Lang, sorang makcik yang berasal dari Kedah, dok kat Blok A Pangsapuri Rimba tulah.. I accidently met her kat tangga blok tu mase tgh round2 cari BS kt ctu... what a terrific life, blom abes pantang dh bawak baby p jalan-jalan cari BS, menggunakan tangga plak tu..that was not I want to do, but I had to... -_- and thanks to Allah sebab xada kejadian xelok berlaku... jadi nasihat kepada ibu-ibu yang lain, buatlah persediaan awal..huu

OK back to Mak Lang story, dipendekkan cerita, Mak Lang ni kat umah die xde peti sejuk...erkkk
Tapi kat depan umah die tu adalah umah anak die, so die cakap ok fine lah die akan tumpangkan simpan EBM kt umah anak die..but I still thinking that it wasn't a good idea...tp dia cakap dia nk beli jgk peti sejuk tu dalam masa terdekat ni, coz xlama lagi bulan puasa..senang sket nak simpan barang..then fine lah
So aku pun start lah hantar Nisriin kat ctu, the problem is masa tu Nisriin ni xbape nak minum botol, asek meraung aje, agaknye die dapat hidu yang mama akan mula tinggalkan die...so memang menangis ajelah kejenye... and nak dijadikan cerita jugak, Mak Lang tu dh agak berumur, and kaki die macam xbape sempurna sangat, sakit lutut katenye, so cmne laa die nk ulang alik g umah anak die tu utk amik n simpan EBM tu kan, memang xterdaya lah

Esoknye pun bila aku hantar Nisriin, die still meraung jgk xnak susu dlm botol...n I can feel that at that time Mak Lang tu dh bg susu tin yg baby lagi sorang yg die jaga tu pada Nisriin, bcoz she kept telling me to buy susu formula untuk Nisriin, die cakap beli aje lah susu tin tu, bukannye mahal sangat. And aku plak kept fighting with her that I dont have enough money to buy susu tin (org macam tu bukannye nak kesah lau kite cakap itu tuntutan agama, lau cakap xde duit barulah die faham agaknye)

Finally aku cakap ajelah kat Mak Lang tu, if die totally xnak n xboleh jaga Nisriin, fine lah, I will look for someone else. Mula-mula tu die macam nak jugak jage, tp dah Nisriin tu asek meraung aje, so die pon cakap kat aku die dh xnak jaga. Total die jaga Nisriin is 2 days..itupun I send her at 9am+ and picked her up at 2pm+. (shall I pay? sampai sekarang pon aku xbayar2 haha..coz Im thinking that it is not necessary pun, die jage bape jam aje..plus aku ade bg die garam gunung yg berharga RM20 utntuk mengubati kaki die, that is more than enough rite?)

Ouh panjang lagi kisah ni, kisah mencari pengasuh yang nak handle EBM, kisah Nursing In Public (NIP), kisah balik kampung, kisah mengepam ketika bekerja, kisah cabaran terbaru ketika Nisriin dh hampir setahun ni, kisah memandu sambil breastfeeding, kisah suka duka susu tumpah, susu rosak, terlupa simpan susu, susu xcukup...banyak lagi tu~~~

Friday, 22 February 2013

BF a.k.a Breastfeeding

Mood ketika menulis : Sangat mengantuk sambil menguap-nguap -_-

Memandangkan harini adalah hari Jumaat yang indah nan permai, n aku memang dr pagi dok melangut laptop ni jer, jadi apakata jika aku membuat sesuatu yang sedikit berfaedah untuk diri sendiri - catatan pengalaman breastfeeding (BF) yang dh hampir setahun ni. Hopfully pada masa akan datang, aku juga akan terus bersemangat untuk BF macam sekarang.

Dolu2, masa single pringle, xpenah pon amik tahu pasal BF ni..never! Plus, aku masih ingat lagi mase kt ofis, when my colleague (A) complaint about another colleague (B) yang BF, A said that B tu selalu bau masam, bau susu, n she also informed me  that her sister (had a newborn baby) took medicine to stop her breastmilk. She said BF is not good..n I just listen to her without doing any research or wut so ever related to BF. Until I get pregnant pun, I never bother about that. Fikirkanlah, walaupun pelbagai program & kempen dijalankan tentang BF ni, masih ramai orang yang xtahu mengenainya termasuklah aku. Padahal aku ni selalulah jugak berinternet menet ni...walaupun aku pergi check-up kat Klinik Kesihatan Kerajaan pun aku masih xdapat apa2 information pasal BF...It just they inform me to come for the talk (still remember, hari Jumaat pukul 3pm)...off course laa aku xdapat p kan, aku ni keja...n I got ask that colleague B bout that talk, n she said, "alaah no need to go, nanti masa nak bersalin pun diorang akan cakap bende yang sama, cara nak menyusu, tu aje.." OK fine, then aku pun xpergi lah talk tu.

Okeh, tu story masa zaman jahil aku tentang BF. Now, story pasal zaman kegemilangan plak..cehh gemilang laa sangat..OK, tukar to zaman kecerahan..

As I remember, aku start mengenal erti sebenar BF ni masa aku join antenatal class kat DEMC..dat time, I paid RM100/couple for a program 9am-5pm..tapi masa tu aku blur2 lagi, coz masa tu baru jer pregnant ~20mgu+..pulun gila, p clas tu tgk sume org dh memboyot, aku ni perut pun xnampak apa pun lagi...haha
Masa kat clas tu, ada laa segment tentang BF, n masa tulah baru aku sedar betapa pentingnya BF ni...mula2 tu aku ingat just untuk nak menjimatkan duit aje, xyah beli susu tepung...dh lama2 tu baru sedar yang itu adalah tuntutan dalam agama Islam jugak -_- jahilnyee diri ini~~~
N guess what, masa clas tu, ada cabutan bertuah, sedia maklum, aku ni kan mmg langsung xpnah pun dpt apa2 cabutan bertuah dalam kehidupan, maka pada hari tu pun aku xdelah berharap untuk dapat apa2, coz hadiah pun 2 aje...tiba2..
the announcer cakap, IC sape yg tengahnye 09? AKULAH! erkkk..malu nk angkat tangan, kot laa ade org lain lg kan..tgk2 xde pun org angkat, then aku pun angkat lah hihii apelah...so hari tu aku dapatlah breastpump Medela Mini Elektrik..OK, stil blur dgn bende tu, xtahu apa2 pun...I was wondering, kat kotak tu tulis "Mom's 1st choice"..pastu aku pikirla, 1st choice apenye, xpnah dgr pon brand tu..hukhuk..

Terusan daripada itu, time rehat kat ofis aku selalu laa dok google2 pasal pregnancy, breastfeeding, breastpump, and saje je laa try search harga medela tu..wahaha terbeliak biji mata aku, tgk harga mini elektrik tu rupanya 300+! berkali-kali jugaklah aku dok google, coz xpcaya dgn harga2 breastpump yg dipaparkan..maklumlaa sebelum ni yg tau, pump yg merah yg mak2 kita pakai dulu, baru bape hengget...mase tu barulah aku menghargai apa yg aku dpt tu...kui3 jahil..jahil..

Start dari tulah aku sikit2 belajar laa tentang BF ni, but still xsepenuh hati pun. Dalam hati ni just dok ingat nak BF sbb nk jimat duit aje...
Sampailah dh di akhir2 pregnancy tu, kesedaran semakin bertambah... OK nak mencelah OOT, I bought MAM Bottle for my newborn baby, still mase tu xknal lagi product MAM, main hentam beli jer, pastu dh google2 baru lh dpt ilmu..kesimpulan di sini, thanx to google..heheh

Bila dh bersalin tu, takut2 pun ada gak kot susu xnak kuar, sbb dh terlalu byk sgt membaca blog itu ini kan...mcm2 lah terbaca..n alhamdulillah Allah aturkan segalanya yang terbaik...proses penyusuan berjalan lancar dari awal bersalin tu...susu alhamdulillah boleh dikatakan agak banyaklah masa awal2 dulu, asek dok meleleh2 je kan...tp bila try pump macam xkeluar sgt..tp masa tu sebenarnya ilmu masih belum cukup lagi...main agak2 hentam sendiri aje..nk simpan susu camne pon xtahu, coz mase pregnant tu malas nk amik tahu sebab kononnye xterhafal, kot nanti xde susu ke, wtpe nk tahu pasal tu sume kan...(malas btul aku ni)

Bila dah balik berpantang kat kampung, mak penah tanye, hang nak bagi susu apa kt anak hang lepas ni? I just say bagi susu badan lah..then she replied, (OK I better make a dialog)

Mak : Ya lah susu badan, tapi kena jugak bagi susu tin, campuq

OK, aku dh mula nk hangin (maklumla dlm pantang kan sensitif hehe)
Me : Nih, cik dh baca semua pasal susu badan, org la ni semua bagi susu badan ja, dh ada cara nk simpan semua, bagi susu badan ja lah

came my sister plak menyampuk
Sister : Tengok tu mak, dia dok buat cakap pandai, kita ni dh bela anak bapa org dah, dia dok wt pandai dari kita plak..

OK fine, trus meleleh air mata, n p tidoq~

Lepas tu xde dh sape2 pun nk menyebok pasal kes penyusuan aku ni...I BREASTFEED with confident and really enjoy it! Pastu dh balik Shah Alam (30days in confinement), aku masih lagi belajar n timba ilmu sebanyak mungkin, especially kat grup KIM (Kumpulan Ibu Menyusu), membaca pengalaman2 org..n skang dh terer, dh lama xjengah ctu, cm bosan plak haha kacang lupakan kulit! Rasenye skang ni dh boleh dikatakan cukup laa kot ilmu tentang penyusuan ni...Alhamdulillah Allah telah memudahkan segalanya...

Ouh panjang lagi kisah ni, kisah mencari pengasuh yang nak handle EBM, kisah Nursing In Public (NIP), kisah balik kampung, kisah mengepam ketika bekerja, kisah cabaran terbaru ketika Nisriin dh hampir setahun ni, kisah memandu sambil breastfeeding, kisah suka duka susu tumpah, susu rosak, terlupa simpan susu, susu xcukup...banyak lagi tu~~~
Shall we continue in next entry??

OK before that, kita buat conclusion dulu,
Kesimpulan :

  1. Sentiasa cari ilmu sebanyak mungkin semasa mengandung, ILMU itu PENTING!
  2. Sentisa berfikiran positif dan yakin
  3. Be proud of breastfeeding. Kita patut berbangga melakukannya, then barulah kita akan sentiasa bersemangat.
  4. Jangan pedulikan cakap2 negatif orang disekeling kita, mereka mungkin xtahu n xada ilmu..kalau rajin, share lah dgn mereka, lau xpun dok diam sudah~
  5. Hargailah rezeki yang Allah bagi pada kita tu, anggaplah ia seperti titisan EMAS
  6. Susu kita tu sikit ker banyak ker, Allah dh tentukan...lau sikit tu maksudnye anak kita bukannye stail yg minum banyak. Dia dah ciptakan susu kita tu cukup untuk anak kita. It just kita ni yang kena sentiasa berfikiran positif dan usaha & doa supaya susu itu sentiasa mencukupi. (Lau dh tengok susu sikit, pastu xde usaha apa2, n mulut pun asek cakap susu xde, maka apakah hasilnya?) Fikirkan...

Fully BF is not easy as wut we think, ia memerlukan semangat juang yang tinggi! Jadi tahniah kepada semua ibu-ibu yang fully BF!

Thursday, 21 February 2013

Blogskin, Background, Banner....

Sigh...
Ouh why laa diri ini masih belum pandai dan mengerti erti sebenar tajuk entri ini...
Sebenarnya dah agak lama aku ni dok study pasal blog2 ni..tapi tulah, orang kata lau nak pandai kena ada guru jugak, xboleh buat2 pandai sendri , lau cmtu sampai bila pon xpandai2...haa
Jadi, buat masa ini, setakat ini sahaja lah rupa blog aku ni..dh malas laa den nk memikir cmne nk tukar background ker skin ker or wut so ever you call dat thing...cukuplah sekadar guna template kt blogspot ni , asalkan ade je tempat aku mencoret kisah-kisah kehidupanku supaya xlupus ditelan masa...

Maka, inilah hasilnya setakat ini...blog berwarna pink ok!

*Hopefuly adalah nanti jumpa guru kat mana2 yg boley mengajar aku tentang mempunyai blog yg cun n cute mute...
Sekian~

**erkk tambahan...adeii xretilah cmne nk tukar post tittle colour..hentam ajelah blog ni dengan penuh colourfulnye, macam tadika dh jdnye..huk huk

Monday, 21 January 2013

Nursery, Babysitter (Tajuk Common untuk ibu2 bekerja)

Hmm it has been few days (weeks maybe?) Im in dilemma..
Alrite, juz let me explain, sejak umur Nisriin 40hari I did sent her to babysitter...hmm sound sgt kejam kan mama ni?? but what to do, aku telah tersalah perhitungan, berhenti keja masa pregnant 5bln, pastu dh dpt keje lain, but at the end nk p amik offer letter, diorg tolak aku coz I was pregnant at dat time..huh!
Aku nih xdelah nk salahkan sesape, maybe aku pon salah gk coz pas die call ckp aku dpt keje tu (mase tu bln 10 2011), aku xrequest offer letter awal2...die juz cakap amik offer letter by end of December 2011, coz Im going to start by January 2012. Then bila aku nk p amik offer letter tu, perut dh memboyot, so mmg die tolak lah kan..mase interview tu xde plak nk tanye pregnant ke x..apedaa
Memandangkan kt company lama pun aku dh resign starting end of November 2011, maka dengan itu aku pon jd lah pembina badan kt umah sambil buat hometuition sket2...(hmm sound easy, but hometuition pon macam2 ragam gk sebenarnye). Dok ajelah kt umah, sambil menanti anak itu lahir..mase kt umah tu mestilah aku sangat giat mencari keje coz duit simpanan aku mmg dh sapu licin + pinjam duit mak yg sampai sekarang xhabis2 bayar...keh3...
OK, to make it short, setelah hampir2 bersalin tu (Feb2012), aku dpt call interview kt Fairview International School, KL. Post ape aku pon xtahu, belasah aje. OK to cut short again, aku menerima panggilan offer keje tu pada hari aku melahirkan Nisriin 7 Mac 2012 as a Lab Techs at Fairview Subang, n I was asked to start by April 23 (It was day 47 of my confinement!). Aku mmg sgt excited lah untuk bekerja coz aku mmg dh kering giler kan, tapi dalam hati mmg lah rasa sgt berslah sebab terpaksa tinggalkan Nisriin terlalu awal. Xperlah nak, mama cari duit untuk kesenangan kita bersama yer..nanti mama dh kaya, xperlu laa mama tinggalkan Nisriin lagi..huhuuu (bilakah akan kaya tu yer?)

OK berbalik kepada tajuk asal, maka aku pun terpaksa lah kelam kabut mencari BS, dgn pelbagai ragam manusia, sebelum aku start keje tu Nisriin dh pun menggunakan khidmat 3 BS...
BS yg ke-3 ni sampailah sekarang...masa hari ke 42 aku dh start hantar die (sorry dear, I have to), so far OK lah makcik tu jaga. Juz mase awal tu die xnak bila aku bekalkan cloth diaper, OK finelah...
Pastu die kate maybe stiap 2-3 bulan skali die kene g check-up kt hospital, beselaa org tua..OK fine...
Mula2 die ade jaga sorg bdk laki yg dh 1yr+, lama2 budak tu dh berenti coz mak die byk hutang ngan BS tu...maka tinggal laa Nisriin sorg, n she looks relly sayang Nisriin...tup-tup setelah bberapa bulan, bdk tu kembali lagi bersama kakak die yg berumur 5 tahun plak, n makcik tu jgk ade amik lg sorg baby 3bln. I felt a bit disapointed lah, coz selama ni die memang meluangkan sepenuh perhatian pada Nisriin, tp ape nak buat, tu pekerjaan die kan...periuk nasi die..I can't say anything.
Skang ni bila dh ramai sgt budak kt umah dia, aku dh rasa 1 macam...n makcik tu pun dh start perangai macam2...tiba2 cuti mengejut la, demam, sakit..pastu dok sms soh aku balik awal, alasan Nisriin demam tapi bila balik tgk demam tu sket2 aje, pastu bila Nisriin dh demam btul, die soh aku cuti la..common la makcik, wpun anak saya tu demam, but shes very active, u juz give her ubat dh la, buat apa aku nk cuti bagai...haishhh! membaca ayat2 sms dia tentang hal ni memang sgt membuatkan hati aku terbakar.. (xnak tulis kt cni wt sakit hati jer!)

So becoz of dat incident, aku ni memikir2 lah nk tukar BS baru xpun antar nursery jer, since die pon dh bleh jalan n going to 1 year kan...sound easy..but errkk....haishh susahnye hal ni..
Sebenarnye dh lama dok pikir nk tukar BS, tp memikirkan Nisriin ni xnak ngan org, so aku terpaksa lah batalkan hasrat tersebut. Die ni memang xnak dengan orang lain, kecuali ngan makcik tu aje..lau bagi org lain, die akan meraung sekuat hati cm kena dera jer..dat makes me think not only twice but beribu2 kali aku pikir, boleh ker nk tukar BS ni...hmm
I juz hope that lau p nursery, ramai kawan, so maybe die akan rasa happy n lupakan kesedihan die..ceh..

I dun plan to put her to another BS kt area ctu, coz makcik2 ctu mmg ber'geng' nti msti diorg akan bawak mulut mcm2 cerita kan..so better cari tempat lain aje.. But the problem is, aku ni masuk keje 7.20, kol bape aku nk hantar Nisriin kt nursery, mane ade org bukak kol 6.30am...yang aku dok survey sume bukak kol7..adeii...
lagipun rata2 nursery kt shah alam tu mak aii mahalnye bukan main...it almost double of what I pay rite now..mmg lah makanan diorg sediakan, but I think I prefer to give my own food, biarlah Nisriin makan air tangan mama selagi mana mama mampu yer sayang...
setelah stiap hari menggoogle ttg hal ni, aku pon dh rasa nk muntah dh memikirkan masalah ni...(yes btul2 rase mual giler!)
so skang ni mcm prefer nk cari BS baru ajer...n my fren got informed me kt area umah die Padang Jawa tu ade org nak jaga kan...so I will meet her soon, maybe today perhaps...so plz laa berdoa segalanya berjalan lancar..ameen~~~

Kesimpulan permasalahan ini :

Babysitter :
1) Nisriin nak ker dok ngan orang lain?
2) Adakah BS baru ni akan asek bercuti sama cm BS skang?
3) Location - lau luar dari aprtment Rimba tu, kol bape agaknye aku nk kuar umah yer? skang ni pon asek lewat je punch card..huhuhuuu
4) Etc. (macam2 lah dok pikir lm kepala ni sbnrnye)

Nursery:
1) Mahal giler
2) Location - lau nk p Sec 7 tu sempat ker aku nk masuk keje 7.20am tu?
3) Masa - diorg start operation kol 7am, ish xsempat tu..aku kene hantar kurang2 nye kol 6.45am
4) Cerita - mcm2 citer plak dok baca pasal nursery ni..huu
5) Sakit - memang sume orang akan cakap anak akan selalu sakit lau dok nursery..adeii

So apakah kesudahannya kisah ini?
Wallahua'lam~~~~~~~